Tips

Wahai pelajar sekalian, ini adalah amalan saya & anak-anak : Setiap kali sebelum memulakan peperiksaan, bacalah "Bismillah-hirrohmaanirrohiim" dengan tajwid yg betul sebanyak 19 kali. Kemudian doalah supaya anda senang menjawab soalan-soalan.

Untuk para pelajar yang nak skor BM, bukan takat rajin berdialog atau membaca...tapi kebanyakan surat khabar ada ruangan 'Lidah Pengarang' atau seumpamanya. Maka elok buat rumusan dari ruangan tersebut, juga cari perkataan2 yg susah, cari maknanya & buat ayat. Tapi, kena rajinlah....

7 Petua Untuk Cemerlang:
1) Kuasai teknik belajar
2) Belajar 3-4 jam sehari
3) Baiki topik-topik lemah
4) Selesaikan 2 pusingan ulangkaji sistematik sebelum peperiksaan
5) Rajin bertanya guru
6) Taat ibu bapa dan hormati guru
7) Tinggal perkara-perkara dilarang agama & buat apa yang dipinta agama




Tips Skor Matematik
Utk skor dlm matematik, para pelajar perlulah membuat 3,000 - 4,000 soalan matematik (terutama para pelajar Ting. 4 & 5). 4,000 soalan dibahagikan mengikut berapa 'subtitle' yang ada. Contoh: sekiranya ada 20 'subtitle' untuk matematik Ting. 4 & 5, maka 4,000 dibahagi 20, pelajar perlu buat sekurang-kurangnya 200 soalan utk tiap 'subtitle'. Sekiranya anda berjaya membuat ini, ANDA PASTI SKOR DALAM MATEMATIK! (Matematik Moden & Matematik Tambahan)